Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu bendera: Pemimpin BN P Pinang disenarai hitam
Diterbitkan:  Feb 26, 2013 11:08 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan tujuh notis kompaun – masing-masing berjumlah RM250 – ke atas BN Pulau Pinang kerana memasang bendera 1Malaysia di Georgetown tanpa kebenaran.

Jumlah berkenaan melibatkan bayaran upah dan kos pengangkutan lori bagi membuang sejumlah besar bendera yang muncul sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Ahli majlis MPPP Ong Ah Teong berkata BN diberikan notis berkenaan pada 20 Februari untuk mengutip 9,500 bendera yang dirampas pekerja majlis perbandaran kerana dipasang secara "haram dan membahayakan kenderaan di jalan raya".

"BN akan disama RM10 untuk setiap bendera apabila ia dikutip. Jika mereka tidak pungut bendera, kita akan munsahkannya dalam masa 14 hari sejak tarikh notis," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, MPPP juga menyenarai hitam Ng Say Kheng – naib ketua pemuda Gerakan yang memohon permit bendera tersebut.

Jelasnya undang-undang kecil pengiklanan MPPP memperuntukkan bahawa individu yang tidak mematuhi peraturan akan disenarai hitam.

[Baca berita penuh]

ADS