Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keuntungan tahun penuh 2012 FGV cecah RM1.13b

Keuntungan sebelum cukai tahun penuh Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2012, selepas perubahan nilai saksama dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) mencecah RM1.26 bilion.

Pada 2011, keuntungan sebelum cukai FGV ialah sebanyak RM1.9 bilion dan ini tidak termasuk liabiliti LLA atau RM210.18 juta, yang hanya meningkat pada 2012 berikutan perubahan model perniagaan FGV.

Presiden FGV Datuk Sabri Ahmad berkata berkuat kuasa 1 Januari 2012, model perniagaan syarikat telah berubah apabila FGV memeterai LLA dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melibatkan 347,584 hektar tanah Felda, membawa kepada perubahan saksama dalam liabiliti LLA diiktiraf dalam penyata pendapatan.

Pendapatan FGV pada 2012 berjumlah RM12.89 bilion berbanding RM7.45 bilion pada 2011.

Sabri berkata penurunan harga minyak sawit mentah tahun lepas menjejaskan keuntungan dalam suku keempat.

Beliau berkata harga minyak sawit mentah turun kepada RM2,843 setan metrik pada 2012 berbanding RM3,218 setan metrik pada 2011.

"Pengeluaran tandan buah segar turun sebanyak 251,074 tan metrik kepada 4.91 juta tan metrik pada 2012," katanya.

-Bernama

ADS