Kumpulan masyarakat Penan serbu majlis Taib

Kunjungan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud ke kawasan Long Lama di kawasan hulu Baram di negeri tersebut disambut dengan bantahan oleh kumpulan pribumi di kawasan itu yang membangkitkan pelbagai isu yang menjejaskan mereka.

NONEKira-kira 70 orang individu menyertai bantahan tersebut di hadapan pejabat MP Baram Jacob Dungau Sagan, yang menganjurkan majlis dihadiri Taib pada hari Sabtu lalu.

Peserta bantahan tersebut membawa plakad dengan tulisan "Hentikan empangan Baram", "Kembalikan tanah tradisi kami" dan "Dengar rintihan hami".

Peter Kallang yang mengetuai kumpulan alam sekitar Jaringan Selamatkan Sungai memberitahu Malaysiakini bahawa peserta perhimpunan mewakili masyarakat Penan itu menaiki bot selama lapan jam untuk sampai ke lokasi berkenaan.

"Ada antara mereka terpaksa membayar hingga RM300 setiap orang untuk mengambil bahagian disebabkan kos bahan api. Berbeza dengan Taib dan gerombolannya yang tiba dengan tiga helikopter, katanya.

[Baca berita penuh]

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.