758 mangsa banjir dipindah di T'ganu

Sebanyak 758 mangsa banjir dari empat daerah ditempatkan di pusat pemindahan sejak banjir melanda negeri ini dua hari lepas.
    
Menurut portal banjir negeri, daripada jumlah itu 160 orang di Besut, 339 mangsa di Dungun, 127 di Hulu Terengganu dan di Setiu 132 orang.

Katanya 15 pusat pemindahan dibuka iaitu enam di Besut, dua masing-masing di Dungun dan Hulu Terengganu dan 5 di Setiu.
    
Di Dungun, dua pusat pemindahan yang dibuka setakat ini ialah di Dewan Kampung Pasir Raja seramai 194 orang dan Sekolah Kebangsaan Syukur (145) manakala di Hulu Terengganu ialah di Balai Raya Kampung Basong (106) dan Surau Baru Kampung Pasir Dula (21).
    
Di Besut pula ialah Surau Kampung Bukit Mali (5), Sekolah Kebangsaan Bukit Payong (19), Dewan Serba Guna Kampung Apal (3), Masjid Kampung Bukit Payong (12), Masjid Kampung La (25) dan Masjid Kampung Padang Bual (95).

Manakala di Setiu pula di Balai Raya Kampung Sungai Lerek (12), Balai Raya Merbau Menyusut (41), Loji Air Sungai Tong (9), Surau Gazabo (40) dan Surau Kampung Sungai Pinang (30).
    
- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.