Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan mahu kurangkan duti kereta Jepun, Australia
Diterbitkan:  Feb 27, 2013 4:51 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan mengumumkan pengurangan duti untuk kereta yang diimport dari Jepun dan Australia.

NONE Laporan The Star Online menyebut, pengurangan duti untuk model dari negara berkenaan akan dibuat dalam tempoh tiga tahun.

Beliau juga berkata, butiran lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan esok.

Pengumuman tersebut dipercayai bagi menandingi tawaran Pakatan Rakyat dalam manifesto barunya – untuk menurunkan cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

Pakatan dalam manifesto yang diumumkan Isnin lalu juga menawarkan untuk meliberalisasi industri automotif.

[Berita penuh menyusul]

ADS