Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Puncak Niaga" Untung sebelum cukai RM289.17j

Puncak Niaga Holdings Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM289.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM75.16 juta sebelumnya.

    

Perolehan meningkat kepada RM3.74 bilion dalam tahun itu berbanding RM2.59 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besar disebabkan oleh pampasan tarif air yang lebih tinggi berikutan kenaikan tarif berjadual selain sumbangan pendapatan daripada segmen minyak dan gas.

    

azlan Keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) segmen pengedaran air bagi tahun kewangan sebanyak RM601.8 juta berbanding RM126.4 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

    

Bahagian minyak dan gas mencatat segmen PBIT yang lebih tinggi, sebanyak RM83.9 juta bagi tahun kewangan semasa berbanding RM19.6 juta pada tahun sebelumnya.

    

"Mengenai sektor air, kumpulan itu terus berharap dan komited untuk menyokong penyelesaian penstrukturan semula sektor perkhidmatan air Selangor,  Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh kerajaan memandangkan isu ini sudah lama tertangguh sejak 2008,"  kata Puncak Niaga kepada Bursa Malaysia.

    

Puncak Niaga juga aktif mengenal pasti cadangan untuk mencari penyelesaian terhadap kerajaan persekutuan menerusi Inisiatif Kewangan Swasta, bagi meningkatkan infrastruktur air sedia ada.

    

"Mengenai sektor alam sekitar, kumpulan itu aktif mengenal pasti sektor sisa pepejal dan pembetungan di Malaysia dan luar negara," katanya.

- Bernama

ADS