Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Transparency International-Malaysia (TI-M) mengakui bahawa ikrar integriti yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas, tidak terikat di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, TI-M akan berpegang kepada ikrar ahli politik, termasuk Najib, dan akan mendedahkan sebarang salahlaku mereka di lamanwebnya dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

NONE Dengan berbuat demikian, Pengerusinya, Tan Sri Paul Low (kanan) berharap ia akan mengelak ahli politik daripada melanggar ikrar integriti yang telah mereka tandatangani.

Dengan itu, rakyat akan tahu calon mana yang adalah tidak jujur, katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Beliau juga mencadangkan supaya pihak media turut membantu menyebarkan salah laku calon.

Ikrar ahli-ahli politik yang dibuat kepada TI-M itu akan dipantau bagi mengesan sebarang pelanggaran dalam pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS