Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengurus kanan didakwa liwat remaja lelaki 14 tahun

Seorang pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari

ini terhadap tiga pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berumur 14 tahun.

    

Mohd Yusre Mohd Yusoff didakwa melakukan kesalahan itu ke atas remaja itu di dua buah hotel di Jalan Kuchai Lama, Brickfields dekat sini pada 3 petang 12 November 2012 dan pada 6 petang 25 Disember tahun lepas.

    

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

    

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana dia masih lagi dalam siasatan lima kes seksual yang lain melibatkan mangsa berlainan yang kesemuanya di bawah umur.

    

Peguam Suzana Norlihan yang mewakili tertuduh berumur 44 tahun itu, memberitahu mahkamah beliau belum menerima sebarang arahan daripada keluarga anak guamnya untuk membuat permohonan mengenai jaminan.

    

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Mac depan untuk sebutan.

- Bernama

ADS