Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) telah membuat cadangan supaya tuduhan dibuat melibat bayaran berjumlah RM87.5 bilion rasuah membabitkan baka ikan hiasan oleh Xian Lengdan Holdings dan abang presiden MCA Chua Bah Bee @ Chua Chong Seng.

NONE Ketua CCID Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kertas siasatan kes tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara "baru-baru ini".

"Bagi pihak polis, kami telah melakukan semua tindakan dan siasatan kami telah lengkap.

"Sudah tentu kami mencadangkan tuduhan dibuat, tetapi ia terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk meneliti sekiranya siasatan kami mencukupi ataupun tidak," katanya ketika dihubungi KiniBiz.

[Baca berita penuh]

ADS