Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelan tindakan Hindraf, Waytha mahu mogok lapar
Diterbitkan:  Mar 5, 2013 11:02 AM
Dikemaskini: 7:11 AM

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy akan mengadakan mogok lapar mulai 10 Mac ini bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang terpinggir Malaysia.

hindraf 5th anniversary 251112 waythamoorthy waytha moorthy Dalam satu kenyataannya, Hindraf berkata ia adalah satu

masalah nasional dan masalah moral dan "ia perlu dilihat sedemikian oleh mereka di dalam kerajaan dan oleh sebahagian besar rakyat".

Kumpulan itu berkata mogok lapar itu bertujuan untuk menekankan perlunya "penyelesaian yang kekal dan menyeluruh terhadap masalah yang serius itu".

Keputusan itu dibuat selepas Hindraf kecewa dengan jawapan Pakatan Rakyat terhadap pelan tindakannya untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India yang sebahagian besarnya diabaikan oleh kerajaan dan terperangkap dalam masalah sosial dan kemiskinan.

Manifesto pilihan raya Pakatan yang diumumkan 25 Februari lalu, juga mengecewakan pemimpin Hindraf kerana didakwanya gagal menangani perkara-perkara yang dibangkitkan dalam pelan tindakan tersebut.

Bagaimanapun, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa manifesto itu bertujuan untuk meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia secara umum, termasuk masyarakat India.

[Baca berita penuh]

ADS