Manila terus bina kes kukuh terhadap Sultan Sulu

Jabatan Keadilan Filipina akan terus membina kes kukuh terhadap Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan juga akan melihat kemungkinan sama ada beliau boleh diekstradisi ke Malaysia untuk menghadapi tuduhan di sini, kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini.
 
NONEDe Lima berkata Biro Siasatan Nasional (NBI), yang terletak di bawah bidang kuasa jabatannya, sedang mengumpulkan bukti "bagi
menentukan tuduhan apa" yang boleh difailkan terhadap sultan, yang pengikutnya terlibat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah. Mereka pergi ke Sabah untuk menuntut wilayah tersebut.
 
Ini bagi mematuhi arahan awal Presiden Benigno Aquino III untuk menyiasat sama ada sultan Sulu melanggar perlembagaan dan Kanun Keseksaan Yang Disemak Semula.
 
Kiram mengumumkan gencatan senjata unilateral untuk pengikutnya di Sabah dalam responnya kepada gesaan setiausaha agung PBB, Ban Ki-moon supaya ditamatkan keganasan tersebut dan berunding untuk menyelesaikan krisis tersebut.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.