Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siri letupan bom terbaru di zon merah Op Daulat

Di Felda Sahabat 16, Beberapa bunyi dentuman bom kedengaran datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada jam 1 pagi dan 7.30 pagi ini

Siri letupan letupan itu kedengaran selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan sulu yang menjadi Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, sebagai kubu mereka sejak 12 Februari lalu.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

    

Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.

    

"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya  kepada Bernama.

    

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

    

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini  mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.

    

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.

Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat di Sabah," katanya.

    

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Felda Sahabat pada 10 pagi ini untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 1,800 penduduk  kampung yang berpindah dari zon merah serta ditempatkan di Dewan Cenderawasih, Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan dekat Lahad Datu.

    

- Bernama

ADS