Bekas tentera, polis kecam dalang pencerobohan

Bernama        

Kira-kira 100 bekas anggota keselamatan dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Terengganu hari ini mengadakan perarakan aman di Kuala Terengganu mengecam dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Mereka mahu kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) supaya mengenakan hukuman setimpal kepada sesiapa sahaja yang terlibat sebagai dalang di sebalik pencerobohan itu.  

Bercakap kepada pemberita selepas perarakan itu, Yang Dipertua PBPM cawangan Terengganu, Abdul Kahar Hamzah berkata petualang negara perlu dihukum sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tiada sesiapa lagi yang berani mencemar kedaulatan Malaysia.

Peserta perarakan itu turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu membantah kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang mendakwa insiden pencerobohan di Sabah adalah sandiwara Umno.   

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In