Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sambutan baik untuk KiniBiz dalam sebulan
Diterbitkan:  Mar 20, 2013 11:54 AM
Dikemaskini: 10:15 AM

Walaupun baru sebulan beroperasi, portal berita perniagaan KiniBiz mendapat sambutan menggalakkan dengan kunjungan lebih 100,000 pelayar dan 700,000 dibuka dalam tempoh itu.

Pengunjung menghabiskan sekitar 25,000 jam di laman itu.

NONE "Jumlah ini amat menggalakkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KiniBiz Premesh Chandran.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mencari sumber berita perniagaan yang lebih bebas dan KiniBiz berada di landasan yang betul," tambahnya.

Penerbit dan editor pengasas P Gunasegaram ( kanan ) berkata beliau sangat tersentuh dengan respon yang diberikan terhadap kandungan editorial.

"Kami akan ketengahkan kandungan editorial kami dan fokus untuk mendapatkan lebih banyak kakitangan untuk meningkatkan jangkauan dan kedalaman liputan kami.

"Dalam kes ini, Permulaan untuk menghasilkan produk yang baik bermula dengan kandungannya," katanya.

KiniBiz merupakan kerjasama antara Malaysiakini dan Gunasegaran. Pengasas Malaysiakini Premesh dan Steven Gan adalah pemegang saham utama dalamnya.

[Baca lanjut di KiniBiz]

ADS