Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Kemiskinan 1.7% 'jelas tipu'
Diterbitkan:  Mar 20, 2013 2:03 PM
Dikemaskini: 6:07 AM

Naib Presiden PKR N Surendran hari ini mempertikaikan kenyataan perdana menteri dalam laporan transformasi kerajaan bahawa kadar kemiskinan Malaysia berjaya dikurangkan kepada 1.7 peratus.

Menggelarkan kenyataan itu sebagai "luar biasa, tidak berasas dan penipuan yang jelas, Surendran berkata, angka sebenar menunjukkan kadar itu sepatutnya 19 peratus daripada semua isi rumah.

NONE Nenurutnya lagi, angka yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Razak itu bertentangan sama sekali dengan bukti kemiskinan yang bersebar di kota mahu pun kawasan kampung.

Dengan kenaikan harga barang dan gaji yang tidak meningkat, dakwaan Najib itu tidak mengikut statistik atau logik akal sebaliknya menentang bukti-bukti empirikal yang menunjukkan berleluasanya kemiskinan dalam masyarakat.

Surendran berkata, angka yang diperoleh PKR lebih tepat kerana ia berdasarkan tinjauan pendapat isi rumah dan kemudahan asas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

[Baca berita penuh]

ADS