Relawan diperlukan untuk pasukan PRU Mkini

Penantian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) hampir berakhir dan Malaysiakini sedang bersiap sedia memberi liputan menyeluruh bagi membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang betul.

Selain menyediakan analisis dan ulasan yang kritikal, kami juga akan melaporkan dakwaan penipuan pilihan raya, jika ada, dalam usaha untuk melindungi demokrasi negara.

NONEIa tugas yang berat memandangkan Malaysiakini mempunyai pasukan redaksi yang kecil. Kami tidak mampu melakukannya sendirian dan memerlukan ANDA untuk menyertai program sukarelawan dengan kami.

Ini peluang ANDA untuk menghasilkan laporan berita dan memastikan ahli politik sentiasa telus.

Jika berminat, kami mengharapkan anda boleh bekerja lebih masa, berdepan dengan tekanan serta inginkan pengalaman berharga dengan memberi laporan tentang landskap politik Malaysia.

Tempoh
Dari tempoh pembubaran Parlimen sehingga hari pengundian. Penyertaan sepenuh masa digalakkan terutama bagi pelajar, tetapi tidak semestinya.

Tugasan
1) Melaporkan isu-isu pilihan raya setempat dan negeri
2) Mendokumenkan pendapat orang ramai dan mewawancara calon atau parti
3) Memantau proses pilihan raya sekiranya terdapat penipuan
4) Memberi kemas kini langsung tentang keputusan pilihan raya

Siapa patut memohon

1) Pelajar
2) Pesara
3) wartawan masyarakat
4) Sesiapa yang boleh membantu mendokumenkan proses pilihan raya

Syarat-syarat

1) Memberi komitmen ke arah demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan akhbar
2) Memberi komitmen ke arah laporan yang adil dan beretika
3) Memberi komitmen ke arah kerja berpasukan
4) Mempunyai kemahiran menulis, fotografi atau videografi satu kelebihan

NONEBengkel latihan empat jam akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2013. Bengkel di bandar-bandar lain mungkin diadakan jika terdapat permintaan yang mencukupi.

Tempat duduk terhad. Siapa cepat, dia dapat.

Pemohon perlu menghantar permohonan dengan memberitahu di mana tempat tinggal anda, pekerjaan dan kemahiran yang relevan kepada volunteer@malays[email protected] sebelum 27 Mac 2013.

Butiran bengkel akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.

Peserta tertakluk kepada pemeriksaan semasa bengkel. Tidak semua pemohon akan diterima.

Untuk maklumat lanjut, e-mel kami atau Andrew Ong/ Wong Teck Chi di talian 03-22835567.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.