Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Siasat no kad merah & hijau dalam daftar pemilih'
Diterbitkan:  Mar 22, 2013 3:06 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Ahli srategi pilihan raya DAP Ong King Ming mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dakwaan terdapat nombor kad pengenalan hijau dan merah dalam daftar pemilih.

Walaupun mengakui bahawa pemegang nombor lama itu mungkin sudah mendapat kerakyatan, Ong berkata, ia amat membimbangkan disebabkan ditemui dalam kawasan yang dianggap banyak masalah oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

NONE "Ketika menyiasat daftar pemilih terkini untuk suku keempat 2012, kami dapati terdapat 7,029 pengundi dengan nombor kad pengenalan lama milik pemegang kad merah dan 446 lagi menggunakan nombor kad hijau.

"Ini bermaksud, jumlah 7,475 itu mungkin bukan penduduk Malaysia dan tidak layak mengundi tetapi dimasukkan dalam daftar pemilih," katanya.

Ong menyemak nombor kad merah antara H6000000 kepada H6040000 dan untuk nombor kad hijau pula antara H8000000 hingga H8040000 yang dibekalkan oleh ketua jabatan kad pengenalan JPN Sabah dan Sarawak Ruslan Alias ketika suruhanjaya diraja pendatang asing Sabah berjalan.

[Baca berita penuh]

ADS