Najib: F1 bukti kemajuan M'sia

Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata keupayaan Malaysia menganjurkan perlumbaan berprestij Formula One (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2013 membuktikan kestabilan dan kemajuan negara.

"Malaysia mengalu-alukan peminat dari seluruh dunia untuk menyaksikan F1.

"Acara global yang menjadi penanda aras mencerminkan kestabilan dan kemajuan Malaysia," kata Perdana Menteri dalam Twitter beliau.

Beliau mengalu-alukan ketibaan semua pelumba pada acara Grand Prix yang diadakan di Litar Sepang.

Antara nama besar yang menyertai perlumbaan tiga hari yang bermula hari ini Mark Webber daripada Infiniti Red Bull, Kimi Raikkonen (Lotus F1 Team), Sebastian Vettel (Red Bull) dan Fernando Alonso (Scuderia Ferrari).

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.