Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Moga Allah memberkati roh Zainon Ahmad
Diterbitkan:  Mar 28, 2013 11:47 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Editor Perunding akhbar The Sun , Zainon Ahmad, yang meninggal dunia semalam akibat kanser hati.

NONE "Takziah kepada keluarga Zainon Ahmad yang baru kembali ke Ramahtullah. Al-Fatihah. Moga Allah SWT memberkati rohnya, Amin," katanya dalam laman Twitter beliau lewat malam (11.51 malam) tadi.

Zainon menghembuskan nafas terakhir pada 2.25 petang semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Baharu selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pada Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Hasnah Abdullah, 65, empat anak dan 14 cucu.

Zainon pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan 35 tahun dulu. Beliau dilantik penolong editor Kumpulan Akhbar The New Straits Times pada 1997 dan menjadi editor perunding pada 2001. Allahyarham kemudian menjadi ketua pengarang akhbar The Sun pada 2002.

- Bernama

ADS