BERSIH: Reformasi p'raya, bukan anti-migran

Dalam keghairahan mengecam dakwaan penipuan pilihan raya, BERSIH mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak mewujudkan situasi anti-migran dan menyebarkan perasaan xenofobia atau prejudis terhadap pihak asing.

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya menjelaskan, kecaman terhadap golongan migran dalam media sosial dan oleh pelbagai organisasi berbaur perkauman sehingga merisaukan kumpulan hak asasi manusia.

NONE"Pihak BERSIH 2.0 amat terganggu dengan pelbagai laporan bahawa kandungan multimedia dalam talian dan juga laman Facebook yang dikatakan membuat kenyataan partisan dan bersifat xenofobia atas nama BERSIH 2.0.

"Kami ingin menyatakan secara jelas bahawa kami tidak mengiktiraf xenofobia dan sikap perkauman," kata BERSIH dalam kenyataannya semalam.

Jawatankuasa pemandunya itu juga mengingatkan, golongan migran di Malaysia sudah menghadapi pelbagai diskriminasi meluas termasuk yang berunsur ganas, seperti yang telah didokumentasi oleh organisasi hak asasi manusia dan media.

Kata mereka, BERSIH faham dan bersimpati dengan kemarahan orang ramai, bagaimanapun tanggungjawab itu terletak bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi yang diberi kuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Mengecam golongan migran tidak akan mengubahkan undang-undang yang bermasalah seperti Seksyen 9A dalam Akta Pilihan Raya 1958, yang menghalang sesiapa pun untuk menyoal senarai undi dalam mahkamah," kata mereka lagi.

Risalah logo BERSIH, ABU

Justeru, gabungan itu mengingatkan, jangan sampai perasan xenofobia dan sentimen perkauman terhadap migran mengalihkan perhatian daripada perjuangan menuntut reformasi sistem pilihan raya di negara ini.

Di Internit, dikenal pasti beberapa video, antaranya menunjukkan seorang warga tempatan bangun tidur dan mendapati rumahnya dipenuni warga asing, yang patut mendaftar sebagai pengundi menggunan alamat rumahnya.

Di akhir logo itu dimuatkan logo BERSIH.

Terdapat juga risalah dalam bahasa Indonesia, Banggladesh, Burma dan Aram yang memberi amaran supaya warga asing tidak mengundi semasa pilihan raya.

Ia menggunakan logo ‘Asalkan Bukan Umno' (ABU).
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.