Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar Nigeria mati bergaduh dengan penduduk PPR
Diterbitkan:  Mar 29, 2013 9:42 AM
Dikemaskini: 1:44 AM

Seorang pelajar warganegara Nigeria mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Batu Muda, Jinjang di Kuala Lumpur.

Mangsa, Solomon Okolo, 30, disahkan mati pukul 9 malam tadi di Balai Polis Jinjang di Kuala Lumpur ketika membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kejadian berlaku pukul 7 malam tadi apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa dan seorang rakannya dikatakan melanggar seorang penunggang motosikal yang tinggal di PPR itu.

Akibat pelanggaran itu, lelaki berkenaan terjatuh dan cedera sebelum berlaku pergaduhan yang kemudian disertai sekumpulan penduduk setempat, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Zakaria berkata polis yang membuat rondaan di kawasan itu kemudian meredakan keadaan dan membawa mangsa ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan.

Bagaimanapun mangsa tiba-tiba rebah dan doktor yang dipanggil bagi membantu mangsa mengesahkan Okolo sudah meninggal dunia, katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

- Bernama

ADS