Sudah 4,771 orang Filipina lari ke Basulta

Jumlah rakyat Filipina yang lari daripada Sabah ekoran krisis antara kerajaan Malaysia dan 'Tentera Diraja Sulu' kini mencecah angka 4,771, lapor Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina.

Menurut NDRRMC, sehingga semalam, keseluruhan 944 keluarga sudah meninggalkan Sabah menuju ke Basulta (Basilan, Sulu and Tawi-Tawi) dan dibantu oleh kerajaan republik itu, lapor InterAksyon.

Daripada jumlah itu, seramai 2,861 orang dewasa dan 1,860 lagi kanak-kanak.

Ia dijangka meningkat ekoran krisis yang bermula di Lahad Datu itu masih belum selesai.

Kerajaan Malaysia juga terus memburu, termasuk mereka yang disyaki menyokong kumpulan Jamalul Kiram II itu atau individu tanpa pengenalan diri.

Manila menyediakan enam sekolah di Bongao, Tawi-Tawi, untuk menampung kebanjiran warga mereka yang pulang dari Sabah. Setiap sekolah mampu memuatkan 60 anggota keluarga.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.