Ketua PKR Pahang bertanding Indera Mahkota

Bernama        

Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Fauzi akan menggantikan penyandang Azan Ismail yang bakal bertanding di Terengganu.

"Fauzi adalah sahabat lama saya dan kita memutuskan beliau akan bertanding di Indera Mahkota," katanya ketika berceramah di Balok Makmur, dekat Kuantan malam tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi kawasan itu menerusi Azan yang mengalahkan calon BN Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan kelebihan 1,027 undi.

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In