Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

China mengesahkan terdapat tiga kes selesema burung jenis H7N9, dengan dua kematian, merekodkan kes pertama di dunia membabitkan manusia dijangkiti jenis virus baharu selesema burung itu.

Dua yang mati adalah dari Shanghai, manakala seorang lagi pesakit, dari provinsi Anhui di timur China, berada dalam keadaan kritikal, menurut Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Negara pada Ahad.

Dua yang mati adalah lelaki dan dikenali sebagai Li, 87, dan Wu, 27.

Li didiagnosis dijangkiti virus selesema burung H7N9 pada 19 Feb dan meninggal dunia pada 4 Mac manAkala Wu diuji positif H7N9 dan meninggal dunia pada 10 Mac.

Pesakit wanita dikenali Han, 35, kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di hospital Nanjing.

Simptom awal dialami ketiga-tiga pesakit ialah demam, batuk dan simptom lain pada sistem pernafasan dan disusuli dengan pneumonia teruk dan masalah pernafasan.

Untuk mencegah dijangkiti virus H7N9, orang ramai dinasihat membasuh tangan dengan kerap, menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan semasa bersin atau batuk.

Orang ramai juga dinasihat tidak menyentuh unggas atau ternakan yang sakit atau mati.

Dilaporkan tiada vaksin untuk mencegah virus H7N9 setakat ini.

- Bernama
ADS