Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad Maslan: BN pertahan Johor habis-habisan

Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada pembangkang yang ingin menawan Johor dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

    

"Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.

    

Ahmad maslan launches Barisan 1 Malaysia "Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

    

Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat Umno itu.

    

Beliau berkata hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.

    

"Johor sebati dengan Umno dan BN. Perpaduan Melayu di sana sangat utuh. Jika mereka kata hanya kerana ramai pengundi India dan Cina (di Johor), mereka boleh tawan Johor, mereka tidak faham politik di Johor sebenarnya," katanya

    

Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 2011, Ahmad berkata calon BN Mohd Azahar Ibrahim mampu mempertahan kerusi itu walaupun komposisi pengundi di kawasan berkenaan ialah 53 peratus bukan Melayu dan 47 peratus Melayu.

    

- Bernama

ADS