Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP melancarkan pelan 14 perkara yang dinamakan 'Deklarasi Gelang Patah', yang bermatlamat untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat India rakyat Malaysia yang undi mereka dianggap sebagai kritikal kepada BN untuk mengekalkan kuasa dalam menghadapi cabaran hebat Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

NONE Pelan itu yang diumumkan di Johor Bahru semalam, penting

kepada rancangan Pakatan Rakyat untuk membela nasib kaum India, seperti penyelesaian masalah kerakyatan dalam tempoh 100 hari ia mengambil alih Putrajaya. Empat belas perkara dalam Deklarasi Gelang Patah itu ialah:

1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan;

2 Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutama bagi pekerja ladang India;

3. Untuk memastikan semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan 'sekolah kebangsaan'.

4. Untuk melabur dalam latihan teknikal dan vokasional bersama dengan program perantisan untuk menyediakan pendidikan alternatif dan laluan kerjaya untuk pelajar tercicir daripada keluarga kaum India yang berpendapatan rendah.

5. Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minimum RM1,100.

6. Untuk meningkatkan bilangan kaum India dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), majlis tempatan, dan perkhidmatan awam;

7. Untuk mengasingkan tanah untuk kuil Hindu yang sedia ada dan tanah perkuburan serta mencari tanah gantian untuk kuil dan tanah perkuburan yang perlu dipindahkan;

8. Untuk menyediakan mikrokredit dan lain-lain skim bantuan kewangan kepada peniaga kecil India, dengan tumpuan khas kepada wanita, belia dan perniagaan dari rumah;

9. Untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan Polis dan  Salah Laku (IPCMC) dan membasmi kematian dalam tahanan polis dan kematian dalam tahanan;

10. Untuk mewujudkan satu dana khas bagi menggalakkan pemilikan ekuiti kaum India di negara ini;

11. Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menangani kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India;

12. Untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh membantu ekonomi ibu tunggal, termasuk skim pemilikan rumah;

13. Untuk mewujud atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang dari kawasan peladangan dan keluarga miskini, di sekolah  asrama penuh;

14. Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan untuk menghapuskan diskriminasi.

NONE Pelan 14 perkara itu diumumkan dalam satu perhimpunan DAP di

sebuah hotel di Gelang Patah yang telah dihadiri oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan pemimpin kanan India yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen DAP Charles Santiago dan M Manogaran serta ADUN S Sivanesan.

[Baca berita penuh]

ADS