Ahmad Said pertahan DUN Kijal

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Kenyataan beliau itu sekaligus melenyapkan khabar angin bahawa namanya tidak tersenarai untuk bertanding kali ini.

kuala terengganu by election 120109 ahmad saidBercakap kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya DUN Sura di Dungun, lewat malam tadi, beliau berkata kerusi DUN Bandar akan dipertahankan MCA menerusi penyandangnya Datuk Toh Chin Yaw.

Pada masa yang sama Ahmad menggesa mereka yang tidak tersenarai agar memberi sokongan padu kepada semua calon Barisan Nasional (BN) Terengganu.

"Jika hari ini kita tolong orang lain, satu hari nanti orang lain pula akan sokong kita. Tidak bertanding bukanlah bermaksud karier politik seseorang itu tamat," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai senarai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini.

Ditanya mengenai komposisi calon dan penyertaan calon wanita, Ahmad hanya menjawab ringkas: "Tunggu sehingga pengisytiharan calon diadakan."

-Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.