Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lapor polis, ketua kaum India PKR Permatang dakwa diugut

Ketua Kaum India PKR Permatang Pauh N Ponnusamy hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ugutan ancaman keselamatan malam tadi.

    

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bukit Mertajam pada jam 11.30 pagi ini.

    

Bercakap pada sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini, Ponnusamy percaya ugutan itu ada kaitan dengan kenyataannya dalam sebuah akhbar yang mendakwa kem penyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendalangi isu video melibatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

    

Katanya beliau menerima ugutan pertama menerusi panggilan telefon pada jam 8.23 malam tadi yang mahu beliau berdiam dan tidak mengeluarkan kenyataan terhadap Azmin.

    

"Saya buat tidak kisah sahaja mengenai ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali itu kerana menganggap hanya ugutan biasa, bagaimanapun apabila

bangun pagi ini dan ketika mahu  menggunakan kereta, saya ternampak satu tulisan menggunakan "pen maker"  warna merah yang menulis "cpt (cepat) mungkin dpt

(dapat) peluru," katanya.

Akhbar semalam melaporkan dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Nurul Izzah dipercayai didalangi kem penyokong Azmin bagi menghalang

penguasaan naib presiden parti itu dan ibunya Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam parti itu.

    

Ponnusamy, 43, dilaporkan turut meminta Anggota Parlimen Gombak itu berhenti menyerang Dr Wan Azizah menerusi Setiausaha Politik Ketua Wanita PKR, Mohd

Fareez Kamal Intidzam yang sebelum ini telah mengeluarkan banyak kenyataan biadab terhadap Presiden PKR.

      

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, ACP Azman Abd Lah mengesahkan menerima laporan itu dan katanya siasatan sedang dijalankan.

- Bernama

ADS