Teresa terpaksa lepas satu kerusi?

DAP mungkin menukar barisan calonnya dalam di Kuala Lumpur dan Selangor yang bakal menyaksikan exco kanan Selangor Teresa Kok terpaksa melepaskan salah satu kerusi yang disandangnya.

teresa kok seputeh campaign centreBeliau sekarang penyandang kerusi Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur yang dimenangi pada 1999 dan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara di Selangor yang dirampas dari BN pada 2008.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Kok diminta menumpukan perhatian di Selangor dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Kok sebelum ini sudah menganjak penumpuan politiknya dari Kuala Lumpur ke Selangor selepas dilantik sebagai exco kanan pada 2008 dan pengerusi DAP negeri pada 2010.

Difahamkan kepimpinan tertinggi parti lebih selesa Kok memberi tumpuan kepada Selangor.

Jika beliau benar-benar mengambil langkah itu, kerusi Seputeh kemungkinan ditandingi oleh ahli akademik Ong Kian Ming yang menyertai DAP pada Ogos tahun lalu.

Ong mencipta nama melalui Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) yang mengetengahkan banyak dakwaan ketidakaturan dalam daftar pemilih.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.