Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lapan orang yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, di Johor Bahru cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng dalam kejadian semalam.

Ketika kejadian 1.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang duduk di sebuah meja bulat mencuba resipi baharu yang diperkenalkan pemilik restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainudin berkata secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng melepaskan tembakan daripada kereta yang mereka naiki.

"Kejadian berlaku sangat pantas dan suspek berjaya melarikan diri sejurus selepas melepaskan tembakan," katanya ketika dihubungi di Johor Bahru hari ini.

Berikutan itu, katanya satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata kesemua mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

- Bernama

ADS