Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ajak balik undi, disiasat polis Singapura
Diterbitkan:  Apr 15, 2013 3:25 PM
Dikemaskini: 11:56 AM

Enam rakyat Malaysia sedang disiasat di Singapura selepas mengusahakan kempen mengajak rakyat negara ini pulang mengundi pada 5 Mei ini.

Mereka didekati polis petang semalam selepas memulakan kempen daripada pagi dan diminta hadir ke balai polis bagi membantu siasatan kerana tidak mempunyai permit.

Seorang peserta Liew Sze Ping berkata, mereka diberitahu disiasat bawah Akta Ketenteraman Awam.

NONE Akta itu menetapkan supaya pihak yang berhasrat menyokong mana-mana kempen atau idea harus mendapatkan permit terlebih dahulu daripada polis.

Menceritakan insiden itu, Liew memberitahu, mereka memulakan kempen itu Bugis Street dan Tampines - dua kawasan yang sesak dengan orang ramai di republik itu.

Liew bagaimanapun berkata, mereka hanya berjalan dengan senyap sepanjang siar kaki dengan membawa poster dan plakad tanpa mengganggu orang ramai serta hanya bercakap apabila ditanyakan soalan.

Di sebalik semua rintangan itu, beliau tetap menegaskan bahawa usaha mereka baik dan murni kerana membantu mengajak rakyat Malaysia di negara jiran itu pulang mengundi.

Difahamkan tiket bas dan kapal terbang daripada Singapura ke pelbagai kawasan di Malaysia kini sedang laris terjual.

Situasi semasa menunjukkan ramai rakyat Malaysia berkhidmat di Singapura dan kumpulan ini boleh memberikan kesan yang signifikan dalam keputusan pilihan raya.

[Baca berita penuh]

ADS