Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini memberi peluang terakhir kepada pemimpin DAP yang bertanding sebagai calon Bebas untuk menarik diri dan menyokong calon parti mereka bagi mengelakkan daripada dipecat.

Bercakap dalam satu sidang media di Gelang Patah hari ini, Lim mengingatkan bahawa tiada pemimpin yang tidak terlakluk kepada peraturan parti.

“Kita sepatutnya meletakkan kepentingan parti lebih tinggi dari kepentingan diri... Saya, Lim Kit Siang, tidak pernah terfikir bahawa saya lebih berkuasa daripada parti.

“Tanpa DAP, tidak akan ada Lim Kit Siang,” katanya, berulang kali dalam sidang media itu.

Lim berkata sungutan dari pemimpin berkenaan sepatutnya disuarakan melalui saluran dalaman selepas pilihan raya umum.

Beberapa pemimpin DAP termasuk penyandang kerusi DUN Teratai Jenice Lee dan juga kerusi parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, memfailkan borang penamaan mereka semalam untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Lim semalam berkata parti itu sedia memberi peluang kedua sekiranya Sim bertukar fikiran.

Bagaimanapun peraturan baru Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan bahawa semua nama calon akan tetap tersenarai dalam kertas undi, walaupun selepas menarik diri.

[Baca berita penuh]

ADS