Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS yakin akan selesai isu calon bertindih di T'ganu

Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut berkata soal pertindihan calon Pas dan PKR di tiga DUN dalam pilihan raya kali ini di negeri ini akan dibincangkan dalam Pakatan Pembangkang.  

Ditanya pemberita, Abdul Wahid berkata beliau yakin perkara itu akan dapat diselesaikan kerana Pas-PKR akan berkempen bersama.   

Menyentuh isu lain, beliau berkata Pas Terengganu berjanji tidak akan menyentuh soal peribadi lawan tetapi akan membahas dan memperjelas isu-isu tertentu dalam kempen pilihan raya kali ini.

Abdul Wahid berkata semua penceramah Pas telah diingat supaya mengelak daripada menyerang peribadi lawan.  

"Kita bercakap soal dasar sambil memperjelaskan dasar parti," katanya.  

Menyentuh isu lain, Wahid berkata setiap kali pilihan raya, kelebihan Barisan Nasional adalah menggunakan jentera kerajaan.  

- Bernama

ADS