Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Janji untuk menurunkan harga minyak menjadi modal utama kempen Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Perak semalam.

NONE Perkara itu diperhatikan dalam tinjauan Malaysiakini di lokasi yang dikunjungi Anwar di negeri berkenaan semalam.

Berucap dalam siri jelajah di lapan kawasan parlimen Perak - termasuk Changkat Jering, Padang Rengas, Kuala Kangsar dan Sitiawan - Anwar antara lainnya berjanji akan menurunkan harga minyak pada 7 Mei sekiranya Pakatan dapat menawan Putrajaya.

"Kita kena menang, nak tawan Putrajaya sebab malam itu kita menang, esoknya umum dan 7 haribulan  minyak turun.

"Masalah minyak kena buat kajian dan rangka. Insha-Allah akan buat (turun harga minyak). Duit banyak, buat apa nak bebankan rakyat," kata Anwar ketika berucap di Kampung Baru Sauk, Padang Rengas, semalam.

NONE Seramai kira-kira 200 orang yang hadir mendengar ceramah Anwar itu terdiri daripada pelbagai kelompok kaum termasuk warga emas.

Turut hadir ialah wakil calon parlimen Padang Rengas, Dr Meor Ahmad (PKR) dan calon DUN Lubok Merbau Mohd Zainuddin Mohd Yusof (PAS).

Dalam ucapannya di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar pula, Anwar sekali lagi mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak.

Kira-kira 300 orang itu setia mendengar walau terpaksa berpayung dalam keadaan hujan.

Selain itu, beliau juga berjanji akan memberi pendidikan percuma kepada semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

"Kita akan beri pendidikan percuma dari sekolah rendah sampai universiti.

"Semua sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil," katanya yang menerima sorakan dari orang ramai.

Di Kuala Kangsar, turut hadir bersama Anwar ialah calon Parlimen Kuala Kangsar, Dr Khalil Idham Lim (PAS) dan calon DUN Bukit Chandan, Fathmawaty Salim (PKR).

ADS