Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat Malaysia di New York mengundi pada Ahad
Diterbitkan:  Apr 29, 2013 9:58 AM
Dikemaskini: 2:00 AM

Sebahagian rakyat Malaysia di Amerika Syarikat melaksanakan tanggungjawab mengundi di bandar raya ini pada Ahad sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Proses pengundian yang berlangsung di dewan besar Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York berjalan lancar dan dalam tempoh dua jam, seramai 44 pengundi menunaikan tanggungjawab sejak pusat pengundian itu dibuka pada 9 pagi waktu tempatan.

Selain menetap di New York, terdapat juga kalangan pengundi tersebut datang dari beberapa negeri lain seperti Indiana, Boston dan Texas sama ada menaiki bas atau kapal terbang.

"Sambutan pengundi (untuk mengundi) menggalakkan," kata Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Bakri Syed Abdul Rahman.

Seramai 10 pegawai dari Pejabat Konsul Jeneral dan Pewakilan Malaysia ke PBB memantau proses pengundian tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pengundi terdiri daripada pelajar ijazah sarjana dan merupakan pengundi kali kedua dan pernah mengundi di tanah air pada PRU12.

- Bernama

ADS