Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ANALISIS Dalam pusingan terakhir 15 hari kempen, BN nampaknya bergantung kuat kepada ketuanya Datuk Seri Najib Razak untuk menggempur kawasan Cina dan bandar di seluruh negara bagi menarik sokongan terhadap gabungan itu.

Bagaimanapun, usaha itu, melalui pemberian habuan dan imbuhan kepada masyarakat Cina itu dilihat seperti mencurah air ke daun keladi apabila tidak dapat memuaskan hati mereka yang mahukan perubahan.

Sejak hari penamaan calon lagi, daripada aspek penampilan, Najib menghadapi jadual kempen ketat di seluruh negara, jauh lebih sibuk daripada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Najib sudah menggempur Sabah, Sarawak, Selangor, Johor dan Pahang dengan harapan menaikkan harapan BN di negeri-negeri itu.

Beliau juga mengumumkan sejumlah imbuhan pilihan raya kepada masyarakat Cina, terutamanya membenarkan sekolah persendian membuka cawangan baru, walaupun beliau kini cuma perdana menteri kerajaan sementara.

Selain itu, beliau juga berjanji menangani isu kabel berkuasa tinggi Rawang, menempatkan semula SMJK(C) Confucian ke Rawan dan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada kolej universiti di Pulau Pinang.

[Baca analisis penuh]

ADS