Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat kekal untuk pengundian perlu digoncang terlebih dahulu supaya kesannya tahan lama.

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai "sangat tidak logik", Lim berkata beliau tidak pernah dengar bahawa dakwat kekal perlu digoncang dahulu sebelum boleh digunakan.

"SPR perlu beri penjelasan. Kenapa guna jenama yang perlu digoncang?

Adakah kerana lagu ‘Harlem Shake'? Mereka tentu mainkan lagu ini di semua pejabat SPR," selorohnya.

"Berapa kali kita perlu goncang? Sekali sejam atau dua kali sejam? Jadi agen tempat mengundi sekarang kena goncang?" katanya dalam sidang media di Johor Bahru hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS