Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IKIMfm: Individu menyamar DJ radio di Facebook

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm), mendapati ada individu yang menyamar sebagai personaliti IKIMfm menerusi akaun Facebook yang menggunakan nama DjSiti Rohani Surani.

Sekurang-kurangya empat akaun facebook palsu telah dikenalpasti memuat naik gambar-gambar dan aktiviti Dj Siti Rohani Surani serta melayan komen-komen peminat yang menyangka dia adalah juruhebah IKIMfm (Siti Rohani Surani) yang sebenar. Paling membimbangkan pemilik akaun palsu tersebut telah mula bercakap unsur-unsur lucah menerusi laman tersebut dan turut terlibat menjual produk tertentu.

Laporan polis telah dibuat bagi menafikan bahawa (4) akaun FB yang dibuat atas nama Siti Rohani Surani (Juruhebah IKIMfm) adalah milik beliau. Begitu juga laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah turut dibuat agar tindakan menghalang dapat diambil. Walaupun perkara ini merupakan biasa bagi personaliti, namun IKIMfm ingin memaklumkan bahawa pihak kami dan Cik Siti Rohani Surani tidak terlibat dalam menyelenggara laman-laman facebook berkenaan dan tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerugian atau masalah yang timbul di kemudian hari kerana maklumat yang diberikan di laman-laman facebook ini.

Laman facebook dan laman web di bawah sahaja yang sah milik IKIM atau IKIMfm.

Laman web rasmi IKIM: http://www.ikim.gov.my

Laman web rasmi IKIMfm: http://ikimfm.my

Laman facebook rasmi IKIMfm: http://www.facebook.com/ikim.fm

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS