NUBE harap Riot, Ismail kukuh kerjasama dengan kesatuan

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot Jaem atas pelantikan beliau sebagai Menteri Sumber Manusia yang baru.
    
NUBE turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib yang dinamakan sebagai timbalan menteri Riot.
    
"Kami berharap Riot dan Ismail akan membuka jalan untuk masa depan yang baru dengan memperkukuh serta bekerjasama dengan kesatuan sekerja di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

NUBE berharap teknokrat dan pemimpin muda yang dibawa ke dalam kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bekerja keras ke arah menyediakan tempat kerja lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Najib mengumumkan barisan kabinet baharunya di Putrajaya semalam.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.