Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua: Low mesti jadi 'polis jahat' dalam k'jaan Najib
Diterbitkan:  May 16, 2013 3:52 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu menteri baru di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berperanan sebagai "polis jahat" dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pua berkata, Pakatan Rakyat akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Low dalam melaksanakan segala langkah yang perlu untuk memastikan kerajaan yang bersih, telus dan berdaya saing.

NONE "Malah, Low mampu untuk menjadi 'polis jahat' dalam pentadbiran

"Najib kerana beliau tidak akan berhutang kesetiaan politik kepada mana-mana orang atau pihak," kata Pua (kiri) dalam satu kenyataan.

MP DAP itu juga mahu Low yang juga pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) turut memastikan semua kontrak penswastaan dan perolehan kerajaan diberi melalui tender terbuka dan kompetitif dan supaya rakan Kabinetnya mengisytiharkan harta mereka, seperti yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat.

Menyifatkan pelantikannya Low oleh Najib sebagai "berani", Pua juga mengingatkan bahawa langkah itu juga akan menjadi pengukur kepada Najib sebagai perdana menteri bagi penggal kedua, sama ada beliau akan melaksanakan pembaharuan untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih, telus dan kompetitif.

Baru-baru ini, Pua berkata, kerajaan telah memeteraikan kontrak perolehan dalam industri pertahanan.

Ia juga telah memberikan kontrak mega penswastaan seperti

Lebuhraya West Coast (RM5.3 bilion), Lebuhraya Kinrara-Damansara (RM2.2 bilion) serta projek Pelabuhan Pulau Pinang dan projek KTM Bhd yang belum selesai atau kerja-kerja masih belum bermula.

NONE Kontrak tersebut telah diberikan tetapi tidak melalui tender terbuka.

"Keutamaan pertama bagi kerajaan BN, dengan Low (kanan) sebagai "menteri ketelusan" ialah untuk segera mengisytiharkan semua kontrak penswastaan dan perolehan kerajaan akan diberikan melalui tender terbuka dan kompetitif, dengan semua butiran dan maklumat yang telus. "

"Kemudian, kerajaan perlu segera meminta penggantungan projek-projek yang disebutkan di atas sementara menunggu tender terbuka baru, jika pentadbiran Najib komited kepada ikrar reformasi seperti yang dinyatakan oleh TI-M."

Pua berkata, Kabinet baru juga mesti segera menegur Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) yang menolak untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang digambar oleh Taib sebagai "nakal".

[Baca berita penuh]

ADS