'Muhammad Ali tumbangkan Frazier, kalah pada Shamsul'

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengejutkan banyak pihak apabila menumbangkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

NONEKeputusan itu menyebabkan Ali (kanan), ketua menteri untuk tiga penggal melangkah daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan penuh tidak bergaya.

Keputusan itu juga menyebabkan ramai orang tertanya-tanya, apa resipi Shamsul sebagai underdog, ditambah lagi dengan rekodnya yang tidak menarik setelah tewas pada 2004 di Tangga Batu dan 2008 di Dungun.

"Ketika berkempen, saya bergurau, pada tahun 1974 terdapat perlawanan tinju - perlawanan terhebat di abad ini antara (juara heavyweight) Muhammad Ali dan Joe Frazier. Pada masa itu Frazier tewas.

"Pada 2013 Muhammad Ali lawan lagi. Tetapi kali ini Shamsul Iskandar menang," katanya dalam sebuah forum semalam, mengundang ketawa kira-kira 200 peserta.

Bukit Katil kawasan campuran dengan 53 peratus pengundi Melayu, 41 peratus Cina dan enam peratus India. Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.