Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BMF gesa CEO Sarawak Energy berundur
Diterbitkan:  May 20, 2013 3:56 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Bruno Manser Fund yang berpangkalan di Switzerland menuntut ketua pegawai eksekutif (CEO) Sarawak Energy yang berbangsa Norway Torstein Dale Sjøtveit berundur kerana didakwa gagal membendung rasuah dalam syarikat milik kerajaan negeri.

NGO itu hari ini mengeluarkan laporan 18 halaman bahawa Sarawak Energy, pada masa Sjøtveit, memberikan kontrak bernilai RM680 juta kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.

NONE Laporan itu menyebut, Sarawak Energy pada 2009 mengupah Sjøtveit untuk menggantikan saudara ipar Taib, Abdul Aziz Hussain, dalam usaha menaikkan imej syarikat seperti dilaksanakan dalam projek jutaan bilion Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (Score).

Laporan itu menyebut, Sjøtveit ( kanan ) dengan pasukan pakar asing telah bekerja untuk imej sosial dan imej segar Sarawak Energy, antaranya dengan memasukkan "nilai" baru seperti ketelusan dalam misi dan visinya.

Bagaimanapun, BMF beranggapan tiada peningkatan asli ekoran Sarawak Energy terus memberikan kontrak kepada syarikat berkaitan Taib, yang menyebabkan Orang Asli terjejas dengan pembinaan banyak empangan - sebahagian dari agenda Score.

Antara syarikat yang dinamakan Sarawak Cable Bhd, dengan kontrak bernilai RM237 juta. Anak Taib, Mahmud Abu Bekir merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS