Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda dakwa SPR benar mengundi dua kali
Diterbitkan:  May 21, 2013 1:14 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

Seorang pemuda berusia 23 tahun dari Kuantan mendakwa beliau berjaya mendapat kertas undi untuk kali kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya.

Mohd Fadhli Khaharruddin dalam laporan Sinar Harian berkata, beliau bagaimanapun tidak memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi dan seterusnya membuat laporan polis untuk menunjukkan kelemahan proses pengundian tersebut.

Laporan itu menyebut, beliau pada awalnya mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei.

Beliau kemudiannya kembali ke pusat pengundian sama pada jam 1.15 petang selepas menanggalkan dakwat kekal.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya dalam laporan itu.

Katanya, beliau menanggalkan dakwat berkenaan dengan mudah dengan hanya menggunakan peluntur dan sabun.

Beliau menerima set kertas undi kedua tetapi tidak menanda kertas tersebut, katanya lagi.

Laporan Sin Chew Daily pula menyebut, beliau keluar dari pusat pengundian tersebut dengan membawa kertas undi berkenaan dan membuat aduan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bertugas yang merampas kertas undi terbabit.

Katanya, beliau membuat laporan polis pada jam 4.15 petang pada hari berkenaan, dan polis kemudiannya menghubunginya sebanyak dua kali untuk merakam kenyataannya.

ADS