Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang tiada masalah masuk ke Sabah
Diterbitkan:  Jun 8, 2013 7:14 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak menghadapi masalah masuk ke Sabah hari ini walaupun dikatakan terdapat larangan perjalanan yang telah dikenakan ke atasnya dan beberapa orang yang lain.

Menulis dalam twitter selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lim berkata beliau dapat masuk ke Sabah tanpa sebarang masalah, dan menambah, Autonomi Imigresen untuk Sabah termasuk hak asasi rakyat Malaysia untuk memasuki bagi aktiviti politik yang sah

NONE Lim (kiri) menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman

supaya mendedahkan kepada umum senarai penuh mereka yang dilarang memasuki negeri itu.

Beliau juga mahu permohonan maaf dibuat kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang dilarang masuk ke Sabah pada 30 Mei lalu apabila beliau dihantar pulang sewaktu tiba di lapangan terbang yang sama.

Berikutan kejadian itu, Ketua Publisiti DAP Sabah, Chan Foong Hin telah mendedahkan satu surat mengenai larangan yang dikatanya dari pejabat ketua menteri, dan menggesa beliau mengesahkan kesahihannya kerana ia tidak ada tandatangan.

Surat itu menyatakan bahawa selain Nurul Izzah, Lim, antara lain, juga dilarang memasuki negeri ini.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib kemudian dilaporkan berkata Nurul Izzah sahaja yang dilarang masuk, tetapi ia telah ditarik balik.

[Baca berita penuh]

ADS