Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akta baru boleh pelihara institusi Raja, kata menteri

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau menyokong cadangan agar satu undang-undang baru digubal untuk menghukum perbuatan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

Shafie yang juga merupakan Naib Presiden Umno berkata, institusi Raja yang berdaulat perlu dipelihara bagi mengelak penghinaan terhadap institusi tersebut.

"Institusi Raja-raja ini sebuah institusi yang termaktub dalam perlembagaan dan ianya berdaulat. Jadi kita taknak  ia dipersendakan.   

"Mungkin salah satu kaedah yang baik ialah dengan menyediakan satu akta bagi mengelak penghinaan pada institusi Raja ini supaya takkan berlaku (penghinaan)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan satu program seminar bersama sekumpulan penghulu dan penggawa semenanjung Malaysia di Bangi hari ini.

Sementara itu Bernama melaporkan Shafie sebagai berkata, beliau menyambut baik cadangan itu kerana ia bertujuan mempertahankan kedaulatan institusi diraja negara.

Beliau berkata kajian menyeluruh harus dilakukan dalam penggubalan akta itu, yang dilihat sesuai untuk menghalang pihak atau individu tertentu daripada menderhaka kepada raja, sama ada dalam bentuk ucapan, sindiran, grafik dan

sebagainya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan atuk Mohd Noor Abdullah untuk mewujudkan satu undang-undang khas terhadap kesalahan menderhaka kepada raja.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS