Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau diminta menjawab sehingga 20 soalan ketika siasatan polis hari ini berhubung ucapannya dalam satu acara perhimpunan nyalaan lilin pada 22 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau beliau memilih untuk tidak menjawab kesemua soalan berkenaan atas nasihat peguam, kata Salahahuddin kepada pemberita selepas siasatan di Balai Polis Kepong hari ini.

NONE "Siasatan ini kerana saya memberi ucapan di luar lokap semasa himpunan nyalaan lilin.

"Mereka tanya apa yang berlaku, apa yang saya nampak, apa yang saya ucapkan, kenal Adam Adli ke," katanya yang diiringi peguam Zulhazmi Shariff.

Beliau hadir memberi keterangan selama kira-kira 30 jam hari ini, berhubung perhimpunan di luar Lokap Berpusat Jinjang, pada tarikh tersebut.

Katanya, polis turut memanggil empat wakil rakyat Pakatan untuk siasatan berhubung kes sama.

Empat wakil rakyat berkenaan - Gobind Singh (MP Puchong), Tan Seng Giaw (MP Kepong), Ng Suee Lim (ADUN Sekinchan) dan Ronnie Liu (ADUN Pandamaran) - akan memberi keterangan selepas ini, katanya.

Kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS