Jutawan Ananda Krishnan didakwa mempunyai kawalan langsung terhadap beberapa medan minyak pesisir Sarawak, menurut laman pendedah maklumat Sarawak Report .
Ia mendakwa, Pexco Group of Companies Sarawak, yang dikawal oleh Kumpulan Usaha Tegas - memperoleh 25,000 kaki persegi kawasan luar pesisir.
Ini berdasarkan profil LinkedIn Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pexco Sean Guest yang mendakwa Pexco Sarawak pada tahun lalu menandatangani empat Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) untuk medan minyak luar pesisir.
Pexco digambarkan sebagai syarikat baru minyak dan gas, bermaksud ia hanya menguruskan penerokaan awal minyak sebelum memanggil syarikat lebih besar untuk kerjasama bagi mengeluarkan minyak.
Malaysiakini cuba menghubungi pihak-pihak yang dinamakan dalam laporan itu bagi mendapatkan ulasan mereka.
[Baca berita penuh]
