PKR menafikan pernah mempertimbang untuk memulaukan upacara angkat sumpah apabila sesi baru Parlimen bermula minggu ini, dilaporkan sebagai tanda bantahan terhadap dakwaan penipuan pilihan raya.
"Terdapat spekulasi di media bahawa PKR mungkin akan pulaukan upacara angkat sumpat anggota Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013.
"Saya ingin tegaskan dalam masa terdekat, PKR tidak memutuskan untuk memulaukan proses angkat sumpah," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam kenyataannya malam tadi.
Katanya, Pakatan hanya memutuskan untuk memulaukan taklimat Parlimen pada 11 Jun.
