Kini tinggal gereja KL Gospel Hall dan hotel keluarga 75 tahun Lok Ann di Jalan Sultan yang masih enggan menandatangani perjanjian bersama (MA) bagi membenarkan penggunaan jajaran bawah tanah untuk projek kereta api MRT.
Lok Ann berpendirian, MA itu tidak adil kepada pemilih tanah, kata jurucakapnya Judy Tan dalam sidang media semalam.
Ekoran itu, tiga pertemuan antara MRT Corp dan Lok Ann sudah dibuat selepas pilihan raya umum lalu. Bagaimanapun masih tiada kata sepakat setakat ini, kata Judy.
Lok Ann menolak cadangan itu dengan alasan MA itu menjadikan mereka menyerahkan kawasan bawah tanah mereka kepada MRT.
