Majlis antara agama mengkritik kabinet yang disifatkan "tiada taring", ekoran tindakan penjawat awam terus menentang keputusan yang melarang ibu bapa daripada menukar agama anak secara senyap-senyap.
Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam kenyatannya menyoal, adakah keputusan kabinet pada 2009 hanya dibuat untuk jangka masa pendek bagi menenangkan rakyat bukan Islam kerana berlaku banyak kes ketidakadilan.
"Adakah penjawat awam boleh melakukan perkara sama dengan arahan perdana menteri dan kabinetnya," soal MCCBCHST lagi dalam kenyataannya hari ini.
Badan itu mengulas kebanyakan kes wanita di Negeri Sembilan mendapati dua anaknya diislamkan oleh suaminya (yang telah berpisah dengannya) tanpa kebenarannya.
